Kaedah mengajar lagu

KAEDAH M ENGAJAR LAGU


Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah
yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara
mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural
memory) murid.



Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:


a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege


Kaedah keseluruhan lagu


Sesuai untuk mengajar lagu pendek.
Langkah-langkah:


a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau
sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.


Kaedah baris demi baris


Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.
Langkah-langkah:
a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris
demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.


Kaedah Solfege dengan isyarat tangan.


Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan
bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan
sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak
(movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi
nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.
Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu
pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat
tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi
muzik.
Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
• so mi
• la so mi
• la so mi re
• la so mi re do
• la so mi re do la
• la so mi re do la so
• la so fa mi re do
• ti la so fa mi re do
• do` ti la so fa mi re do
• do re mi fa so la ti do`


SOLFA ISYARAT TANGAN


Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘do’ baw ah yang berada
di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’
atas yang terletak di paras kepala.
Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :






Emmmm mungkin anda ingin mencuba?? jom klik video ini...selamat maju jaya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan